Al-Habib Abdur Rahman as-Saqqaf (Bukit Duri)

Hari Isnin, waktu Zohor tanggal 7 Rabi`ul Awwal 1428H (26 Mac 2007) kembali seorang lagi ulama kita ke rahmatUllah. Habib ‘Abdur Rahman bin Ahmad bin ‘Abdul Qadir as-Saqqaf dilahirkan di Cimanggu, Bogor. Beliau telah menjadi yatim sejak kecil lagi apabila ayahandanya berpulang ke rahmatUllah dan meninggalkan beliau dalam keadaan dhoif dan miskin. Bahkan beliau sewaktu-waktu terkenang zaman kanak-kanaknya pernah menyatakan: “Barangkali dari seluruh anak yatim, yang termiskin adalah saya. Waktu Lebaran, anak-anak mengenakan sandal atau sepatu, tapi saya tidak punya sandal apa lagi sepatu.”

Tapi kemiskinan tidak sekali-kali menghalangi beliau dalam menuntut ilmu agama. Bermula dengan pendidikan di Jamiat al-Khair, Jakarta, dan seterusnya menekuni belajar dengan para ulama sepuh seperti Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-Aththas rahimahUllah yang lebih terkenal dengan panggilan Habib Empang Bogor. Beliau sanggup berjalan kaki berbatu-batu semata-mata untuk hadir pengajian Habib Empang Bogor. Selain berguru dengan Habib Empang Bogor, beliau turut menjadi murid kepada Habib ‘Alwi bin Thahir al-Haddad (mantan Mufti Johor), Habib ‘Ali bin Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Ali bin Husein al-Aththas (Habib Ali Bungur), Habib Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi (Habib Ali Kwitang) dan beberapa orang guru lagi. Dengan ketekunan, kesungguhan serta keikhlasannya, beliau dapat menguasai segala pelajaran yang diberikan dengan baik. Penguasaan ilmu-ilmu alat seperti nahwu telah membuat guru-gurunya kagum, bahkan menganjurkan agar murid-murid mereka yang lain untuk belajar dengan beliau.

Maka bermulalah hidup beliau menjadi penabur dan penyebar ilmu di berbagai madrasah sehinggalah akhirnya beliau mendirikan pusat pendidikan beliau sendiri yang dinamakan Madrasah Tsaqafah Islamiyyah di Bukit Duri, Jakarta. Dunia pendidikan memang tidak mungkin dipisahkan dari jiwa almarhum Habib ‘Abdur Rahman, yang hampir seluruh umurnya dibaktikan untuk ilmu dan pendidikan sehingga dia disebut sebagai gurunya para ulama. Sungguh almarhum adalah seorang pembimbing yang siang dan malamnya menyaksikan keluhuran akhlak dan budi pekertinya, termasyhur dengan kelembutan perangainya, termasyhur dengan khusyu’nya, termasyhur dengan keramahannya oleh segenap kalangan masyarakat, orang-orang miskin, orang kaya, pedagang, petani, kiyai, ulama dan orang-orang awam yang masih belum mendapat hidayah pun menyaksikan kemuliaan akhlak dan keramahan beliau rahimahullah, termasyhur dengan keluasan ilmunya, guru besar bagi para Kiyai dan Fuqaha di Indonesia, siang dan malamnya ibadah, rumahnya adalah madrasahnya, makan dan minumnya selalu bersama tamunya, ayah dan ibu untuk ribuan murid-muridnya.

Selain meninggalkan anak-anak kandung serta ribuan murid yang menyambung usahanya, beliau turut meninggalkan karangan-karangan bukan sahaja dalam Bahasa ‘Arab tetapi juga dalam Bahasa Jawa dan Sunda. Karangannya pula tidak terbatas pada satu cabang ilmu sahaja, tetapi berbagai macam ilmu, mulai dari tauhid, tafsir, akhlak, fiqh hinggalah sastera. Antara karangannya yang dicetak untuk kegunaan santri-santrinya:-

1. Hilyatul Janan fi hadyil Quran;
2. Safinatus Sa`id;
3. Misbahuz Zaman;
4. Bunyatul Ummahat; dan

Buah Delima.

Maka bulan mawlid tahun ini menyaksikan pemergian beliau ke rahmatUllah. Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau bersama para leluhur beliau sehingga Junjungan Nabi s.a.w. dan semoga Allah jadikan bagi kita yang ditinggalkannya pengganti.

al-Fatihah

from: bahrusshofa

8 Tanggapan sejauh ini »

  1. 1

    bowo berkata,

    Kirimikan buat ane cerita karomah dari sayyidul walid alhabib abdurrahman assegaf

  2. 2

    ahwal berkata,

    Dimakamkan dimana kah beliau alhabib abdurahma assegaf? dan Siapakah murid yang paling dicintai oleh beliau serta bisakah saya bisa menemui salah satu murid beliau yang mempunyai keluasan ilmu apa saja dengan tidak merendahkan para Ustad,kyai, ulama dan fuqoho tapi memberikan keistimewaan dalam ibadah yang ringan tapi besar balasannya.

  3. 3

    ikochan berkata,

    assalamualaikum, tau tentang anak beliau ga?Habib Alwi.ada artikelnya ga, ato biografinya?

  4. 4

    dody berkata,

    Assalamualaikul,Ana lahirr di cimanggu ,teringat waktu kecil dulu ana sering mendengar pengajiian di Majelis Ta’lim Inayatullah yang diisi oleh Sayyidi Walid Al Habib Abdurrahman Asseqaf yaitu pengajian Ibu ibu dan dilanjuitkan siangnya bapak bapak.Alhamdulillah sampai sekarang pengajian ini masih tetap berjalan, yang di pimpin oleh generasinya yaitu Habib Abubakar asseqaf bin Abdurrahman Asseqaf dan Habib Ali bin Seqaf asseqf

  5. 5

    ahmad berkata,

    doain ane biar bisa bertemu beliau walau dalam mimpi dan dalam keadaan terjaga

  6. 6

    ahmad berkata,

    kalo ada tampilin juga dakwah2 beliau seperti di citayam bersama putra nya Ust.Alwi

  7. 7

    hasan berkata,

    Asslamu’alaikum Wr. Wb….

    ikhwan.. ana rindu banget dgn figur beliau(Allohu yarham..) mungkin ada diantara ikhwan yg punya tawassul beliau…?
    terima kasih sebelumnya..

    Hasan

  8. 8

    [...] Al-Habib Abdur Rahman as-Saqqaf (Bukit Duri) [...]


RSS Komentar · URI Lacak Balik

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.